كاد المعلم أن يكون رسولا : " Hampir2 Guru itu adalah Seoarang Rasul (Dari Segi Kemuliaan) " .

Isnin, 26 Disember 2011

ادب تيدور

Mata Pelajaran AKHLAK Tahun 2 (JAIS)
Tajuk Ke 2 : " ADAB TIDUR "



ADAB SEBELUM TIDUR



" Menggosok Gigi Sebelum Tidur "

 
  
"Mengambil Wudhuk "


" Berpakaian Bersih "


 " Membaca Doa "

" Memohon Maaf  kepada Ke Dua Ibu Bapa "


ADAB SELEPAS BANGUN TIDUR :
  • saya perlu membaca doa bangun tidur
  • saya mesti kemaskan bilik tidur
  • saya mesti gosok gigi
  • saya mesti bersuci dan mandi
  • saya mesti berpakaian bersih dan kemas

FADHILAH/ ( KELEBIHAN ) MENGAMALKAN ADAB2 SEBELUM DAN SELEPAS BANGUN DARI TIDUR :

  1. Dapat mengamalkan sunah2 Nabi s.a.w
  2. Dapat menjaga kesihatan tubuh badan kita
  3. Melatih diri supaya sentiasa berdisiplin
  4. Tidak rasa mengantuk dan letih ketika belajar
  5. Minda kita sentiasa cergas dan cerdas
  6. Kita akan disayangi oleh keluarga dan masyarakat

AKIBAT/ ( KEBURUKAN ) TIDAK BERADAB SEBELUM DAN SELEPAS :
  1. Rasa mengantuk ketika belajar
  2. Mudah mendapat penyakit
  3. Hilang rasa disiplin diri
  4. Dibenci oleh orang lain
  5. Dibenci oleh keluarga
  6. Susah mengingat pelajaran
PENGHAYATAN

Firman Allah :
" Kami  (Allah) jadikan TIDUR kamu
sebagai berehat ".
Surah An-Naba' Ayat: 9

MARI KITA BACA DAN HAFAL
DOA SEBELUM DAN SELEPAS TIDUR



MARI KITA BERSYAIR PULA  :

" Bangun tidur di awal pagi
kpd Allah kita memuji
gosok gigi dan terus mandi
berpakaian bersih wajah berseri"

''Tunaikan solat dua rakaat
perintah Allah Wajib di taat
ibu bapa mesti di hormat
dunia akhirat kita selamat"



Antara adab TIDUR
 yg BAIK,
Di Manakah ANDA 
MENJUMPAINYA....!!! 

MungkinKAH ia...

Di Kem- Kem



Di Asrama



        Antara SUNAH2 adab TIDUR yg LAIN:


Baginda Nabi s.a.w meletakkan tangan
kanannya di bawah pipi kanan



Baginda tidur di awal malam kemudian
bangun solat pada waktu malam




 



 

Jumaat, 16 Disember 2011

ادب ماكن دان مينوم نبي كيت



Tiap sesuatu yg kita lakukan jika mengikut adab2Nya iaitu cara yg ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W  maka perkara yg kita lakukan itu menjadi ibadah & akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Makan juga  juga jika mengikut sunnah akan memberi berkat pada kita. Orang Muslim makan hanya dgn  1 nafsu sahaja   iaitu nafsu lapar iaitu nafsu semulajadi. Tetapi orang kafir pula makan dgn 7 nafsu iaitu nafsu lapar, nafsu mulut, nafsu mata, nafsu telinga, nafsu hidung, nafsu haloba, nafsu semulajadi. Oleh itu, marilah kita cuba amalkan sunnah iaitu  “ makan apabila lapar &berhenti sebelum kenyang”.







Antara Adap2Nya Ialah:



Basuh Tangan 3x

  • Membasuh tangan 3x sambil membaca selawat.
  • kelebihan membasuh tangan insyaAllah dapat jelaskan hutang sebelum mati.
 
" Hendaklah tunggu makanan,
bukan makanan tunggu kita".

" Sunnah makan buah-buahan
sebelum makan nasi."

" Makanlah dgn berjemaah sebab
jika makan seorang  maka kita makan dgn syaitan."
"Jangan makan makanan semasa panas
                     Ikutlah Rasulullah S.A.W.  krn beliau makan apabila sejuk."

"Ketika makan jgn cakap hal dunia,
        ini krn amalan kaum yahudi."


" Diam sahaja pun tdk boleh ini krn
amalan kaum Nasrani oleh itu,
semasa makan perlu banyakkan dakwah  @ cakap hal2 agama
& akhirat & banyakkan zikir."


" Berhentilah dari makan sebelum terasa terlalu kenyang."

  • jgnlah tinggal makanan bersepah2 & kutip makanan @ nasi yg jatuh krn ianya boleh menghilangkan rasa ria' & takabbur pada diri sendiri.
  • Mungkin  juga makanan yg jatuh itu ialah yg berkat kita krn kita tdk tahu jika yg dikutip ia merupakan makanan syaitan.
  • kelebihan kutip makanan ialah ibu2 akan mendapat anak yg soleh.
  • jika suami sbg mas kahwin utk bidadari syurga.
  • sabda Nabi juga kataNYA:
  • " Barang siapa memakan apa yg jatuh dari hidangan nescaya hidup ia dlm kelapangan & disembuhkan anaknya dari penyakit."

"Makanlah bersama anak2 kita,
sebab jika kita makan makanan yg anak2 kita tinggalkan
maka kita tdk akan dihisab ttg makanan  kita pada hari itu.
Begitu juga makanan lebih yg ditinggalkan oleh tetamu kita,
juga tdk akan dihisab."


"Jika kenyang jgnlah bangun sekiranya ada orang yg masih belum habis.
Terus makan dgn perlahan2 tetapi kalau terpaksa bangun
mintalah keizinan mereka terlebih dahulu.


"Jika hendak minum selepas makan maka minum
lebih kurang 5-10 minit selepas makan."
  • Jangan bernafas dalam minuman.
  • Seelok2nya minum dgn 3 teguk.

"Selepas selesai makan,
         tutup semua makanan dan bekas air supaya syaitan tdk kencing."

Doa Makan & Minum


 


DOA SEBELUM & SELEPAS MAKAN

 Apakah anda rasa ini sihat
atau terlebih sihat!!!

Sungguh Sedap Memang Sedap Amat Sedap
Sedap Sedap Sedap.....










Mari Kita Amalkan:
"Makan sebelum lapar,
Berhenti sebelum kenyang."
 

  • Kita Tahu dan Kita Amal
Sila Beri komen yg Membina
Ini Perkongsian Secebis Ilmu dari DiriQu yg Kecil ini.